RIHANNA


Robyn Rihanna Fenty, lahir pada 20 Februari, 1988 di Barbados, Rihanna telah bekerjasama dengan syarikat Def Jam sejak berusia 16 tahun dan mencipta album pertamanya, yang mencipta rekod penjualan sebanyak 2 juta salinan di seluruh dunia pada 2005. Rihanna juga aktif dengan menghasilkan variasi album dan lagu-lagunya yang menarik seperti “Unfaithful”, ‘Disturbia’ dan ‘Umbrella’ disamping memenangi beberapa anugerah termasuk Grammys, MTV Video Music Awards dan Billboard awards.
Penyanyi popular dikenali Robyn Rihanna Fenty yang lahir pada 20 Februari, 1988 di St. Michael Parish di Caribbean island, Barbados adalah anak sulung kepada tiga orang adik beradik iaitu Monica Fenty , yang bekerja sebagai akauntan, dan Ronald Fenty yang juga berkerja sebagai penyelia gudang. Zaman kanak-kanak Rihanna agak terjejas dengan keperibadian ayahnya yang ketagihan alkohol, kokain dan masalah rumahtangganya – Rihanna terpaksa dibebani dengan penceraian ibu dan bapanya sejak dia berusia 14 tahun.

Walaubagaimanapun, sejak kejadian yang lalu, ayah Rihanna berusaha untuk mengawal ketagihannya dan kini mereka bersama semula sebagai keluarga yang erat.
"Now my dad is like the coolest person on the planet," bangga Rihanna. "He doesn't smother me. He lets me live my life. And he's been like that a lot, even when I was younger. He would watch me making a mistake and he wouldn't stop me. My dad, he lets me make it and then I learn."

Rihanna juga kerap dibebani kesakitan dibahagian kepalanya untuk beberapa tahun di zaman kanak-kanaknya, kondusi itu menyebabkan beliau lebih memilih untuk menjauhkan dirinya dengan rakan sebayanya bertujuan agar penyakit yang sering dialaminya tidak diketahui.. "I never expressed how I felt," ujar Rihanna mengingati masa lampau. "I always kept it in. I would go to school ... you would never know there was something wrong with me."

Semasa remaja, Rihanna menjadikan rutin nyanyiannya sebagai penghibur dari segala pemasalahannya di rumah. Beliau mewujudkan kumpulan budak perempuan bersama dua rakan sekelasnya; semasa mereka berusia 15 tahun , mereka terpilih dalam ujibakat bersama Evan Rodgers iaitu muzik produser terkenal yang mengunjungi pulau itu bersama isteri Barbadiannya. Rogers tertarik dengan kemerduan dan bakat Rihanna yang terpendam berbanding 2 rakan sekelasnya. "The minute Rihanna walked into the room, it was like the other two girls didn't exist,"  ujarnya.

Lebih kurang setahun kemudian, ketika Rihanna berusia 16 tahun, beliau bertekad untuk meninggalkan Barbados dan menetap bersama Rogers dan isterinya di Connecticut serta berusaha merekod beberapa demo album."When I left Barbados, I didn't look back," imbas Rihanna. "I wanted to do what I had to do, even if it meant moving to America." ujar beliau..