BRUNO MARS...
Penyanyi – penulis lirik Bruno Mars, dilahirkan pada 8 Oktober, 1985, di Honolulu, Hawaii. Pada tahun 2000 beliau telah memulakan pencarian bakatnya dalam menulis lirik untuk beberapa artis terkenal seperti K’Naan’s “Wavin’ Flag,” lagu tema bagi 2010 Vancouver Winter Olympics. Selepas beberapa tahun digelar penulis aktif lagu - lagu pop, beliau muncul sebagai penyanyi yang mempunyai bakatnya tersendiri , beliau berjaya memperkenalkan lagu hit’s terbarunya ‘Nothin’ On You’ pada 2010. Nama sebenar beliau ialah Peter Gene Hernandez atau lebih dikenali sebagai Bruno Mars ,dilahirkan pada 8, Oktober 1985 di Honolulu, Hawaii. Beliau membesar bersama keluarga muzikalnya. Bapanya, Pete, ialah pemuzik Latin daripada Brooklyn manakala ibunya , Bernadette (“Bernie”) ialah penyanyi. Mars digelar Bruno, sejak beliau masih bayi lagi. "The name Bruno came from baby times," terang kakak sulungnya , Jamie. "Bruno was always so confident, independent, really strong-willed and kind of a brute — hence the name Bruno, and it kind of just stuck."

Disekitar Wakiki Beach, keluarga beliau lebih dikenali sebagai penghibur ala Las Vegas yang gemar melayani irama Motown, melodi doo-wop dan peniruan gaya selebriti. Membesar dengan persekitaran hiburan, membuat Bruno Mars lebih tertarik dengan alatan muzikal sejak dari kecil.  "I've always had a drum set, a piano, a guitar... and never got trained to play. It was just always there, “ imbas beliau. “That's just how I learned, just being surrounded by it my whole life."  . Ketika berusia 4 tahun, beliau menyertai keluarganya mengayakan watak selebriti terkenal, Elvis Presley dan berjaya menjadi satu daripada bintang dalam apa jua pertandingan/rancangan. Setelah dewasa, beliau gemar pula mengayakan watak Michael Jackson yang menjadi idolanya.

Bruno Mars menuntut ilmunya di Sekolah Menengah Roosevelt , dimana beliau dan rakan – rakannya wujudkan kumpulan yang diberi nama The School Boys, mereka gemar akan irama klasik yang sering digayakan keluarga beliau semasa berada di Ilikai Hotel di Honolulu. Mars mempunyai sifat kepujian seperti berani menyerlahkan dirinya di pentas berbanding kanak – kanak biasa . "Performing from such a young age just got me so comfortable on stage," ujarnya. "Growing up performing—that was normal for me. Everyone in my family sings, plays instruments. It's what we do."

Selepas menamatkan pengajiannya pada 2002 ketika berusia 17 tahun,  beliau bertekad untuk meninggalkan Hawaii dan menuju ke Los Angeles. Semasa beberapa tahun pertamanya di California, beliau berusaha mencipta namanya ke peringkat industri. Keinginan beliau semakin membara lebih – lebih lagi dengan pengalamannya menjayakan persembahan di sekitar Honolulu, namun Mars hampir tertekan semasa menanti kerjayanya maju ke hadapan. Inilah saat dia mula mencurahkan ideanya mencipta/menulis lirik. "I only started writing songs when I moved up to L.A., because when I was in Hawaii I never really needed to," imbas beliau. "But it stemmed from just learning that you have to do everything by yourself. It's not like what you see in movies, where you walk into a record company and you're given all these great songs to sing. You have to write the song the world is going to want to hear and play it over and over again. I learned that the hard way here in L.A."