JUSTIN BIEBER
Lahir pada 1994 di Stratford, Ontario, Canada. Beliau telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan bakat tempatan ketika zaman kanak – kanaknya dan menjadi tarikan di dalam fenomena YouTube. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Usher dan menjadi artis solo pertama yang mempunyai empat ‘single’ serta dicartakan dalam ‘Top 40’ sebelum merasmikan album penuhnya. Rakaman beliau “My World” telah meluas di beberapa Negara. Beliau juga memulakan hidup dan pekerjaannya di Atlanta.

Lahir pada 1 Mac, 1994, di Stratford, Ontario, Canada. Justin Bieber yang dibesarkan oleh ibu tunggalnya di Stratford iaitu sebuah Bandar yang agak kecil , telah menghasilkan album penuhnya, My World, yang mendapat sambutan pada November 2009. Pencapaian beliau itu, amat mengagumkan, kini beliau bergelar ‘Superstar’ yang memegang perjanjian rakaman terbesar hanya dalam dua tahun sahaja. Sebelum ini, beliau hanya rakyat biasa, penyanyi tidak terlatih yang mendapat sokongan dari ibunya menerusi klip YouTube yang dimuatnaikkan.
  
Bieber sentiasa mengekspreskan minatnya terhadap muzik. Ibunya memberinya sebuah ‘Drum Kit’ sempena hari lahirnya yang kedua dan seperti yang dikatakan beliau, "basically banging on everything I could get my hands on" ujarnya. Beliau dan ibunya mula memuatnaik klip-klip persembahan ‘cover’ beliau dengan lagu –lagu yang dipopularkan antaranya ialah Stevie Wonder, Michael Jackson dan Ne-Yo di dalam YouTube. Klip – klip tersebut bertujuan untuk berkongsi khabar dan nyayian bersama keluarganya yang telah membawa haluan masing – masing. Hanya dalam sebulan, Justin telah dipopularkan melalui sensasi Internet. Beliau juga, telah memperoleh ramai peminat yang mengikutinya di laman sesawang serta memperoleh Pengurus terkenal yang telah mengaturkan remaja ini untuk ‘terbang’ ke Atlanta bagi urusan perjanjian rakaman beliau.

Single pertama beliau “ One Time” telah mencapai sijil perhargaan dari Negara Canada berikutan pelancaran album penuhnya pada May 2009. Albumnya yang berjudul My World telah menemukan kejayaannya, serta telah dijual sebanyak 137, 000 salinan hanya dalam seminggu. Bieber juga dicalonkan dalam Billboard Top 10 pada awal tahun 2010 dengan hitsnya “Baby”, yang diberi kerjasama oleh Ludacris. Bieber juga merasmikan album berikut beliau ‘My World 2.0’ pada 2010, yang mempunyai 10 lagu baru. Pada 2011, Bieber menghasilkan dokumentari konsertnya Never Say Never di skrin panggung. Peminatnya kini liar dengan sorakan, mengidamkan aksinya di pentas dan imbasan kitaran hidupnya disebalik tabir. Filem yang dihasilkan beliau telah mencapai rekod jualan sebanyak $73 juta dalam ‘Box Office’. Filemnya juga mempunyai kehadiran tetamu undangan seperti Kanye West, Miley Cyrus dan juga mentor muzikalnya Usher. Pada tahun yang sama, beliau juga menghasilkan album berduet bersama Mariah Carey yang berjudul “All I Want for Christmas Is” yang bertemakan percutian klasik. Bieber kini telah menghasilkan ‘Hits single”-nya yang terbesar iaitu “Boyfriend” pada April 2012. Lagu tersebut muncul dalam album terbarunya ‘Believe’ yang dilancarkan pada bulan Jun.